Friday 22 November 2013

Perhiasan Yang Menyejukkan Hati

     Seorang manusia bergelar Nabi, manusia lelaki pertama dicipta ALLAH S.W.T  menghuni syurga. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat atas perintah ALLAH S.W.T. Dia bebas menyelusuri setiap ceruk, menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun di tengah keindahan syurga, jauh disudut hatinya masih ada satu kekosongan. Mengapa? kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga.

     Maka diciptakanya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi. Syurga yang keindahanya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, tidak terungkap dengan kata masih terasa kurang lengkap tanpa wanita, Kalau begitu boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya, tanpa wanita sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah anda menjadi wanita? Persoalanya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, boleh berbanggakah engkau wahai wanita menyandang keistimewaan ini?

     Apabila hati diserahkan kepada ALLAH S.W.T, Kekallah wanita dengan asal penciptaanya iaitu penyejuk mata, penenang dihati. Apabila wanita terus mengikat hati kepada zat yang menjadikanya, maka kekallah ia sebagai perhiasan yang rapi. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W didalam hadisnya :


“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” 
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad) 

     Di dunia bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya jika hati dibawa jauh dari ALLAH S.W.T maka hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskanya ke lembah fitnah dan kehinaan.

     Ibarat bunga sejati dan plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada harumanya bunga sejati, tetapi harumanya itu tidak berkekalan. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran, berbeza dengan haruman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal.

     Wanita solehah yang hatinya terikat dengan ALLAH S.W.T, si gadis yang dihiasi sifat sopan dan malu, si anak yang mentaati ibubapa, srikandi yang dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap susana masyarakat, si isteri yang penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki "Perhiasan" sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Intisari daripada buku : Semai Benih-Benih Syurga, 
Karangan : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat



Wednesday 20 November 2013

Pedoman

Kita jarang mendengar manusia miskin menghina manusia kaya kerana kebanyakkan kisah yang berlaku adalah manusia kaya dan berharta selalu menghina manusia miskin.

Antara panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh adalah :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T dan akan memeluk agama Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH S.W.T 



Bersangka baiklah terhadap orang lain, InsyaAllah ALLAH S.W.T akan sentiasa menjaga dan merahmati kita atas kebaikkan kita terhadap orang lain




Friday 15 November 2013

"MATI ITU PASTI"

YA ALLAH 
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI SEKSA KUBUR 
AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI FITNAH DAJAL
AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI FITNAH KEHIDUPAN SESUDAH MATI
YA ALLAH
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA PERBUATAN DOSA
DAN HUTANG..

dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..segala puji bagi ALLAH,Tuhan seluruh alam..
selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH MUHAMMAD saw...

 (INGATILAH SAAT KEMATIAN )

setiap yang hidup pasti  akan mati apabila sampai masa tanpa boleh ditangguh-tangguhkan lagi walau dengan apa cara sekalipun. mereka yang tidak pernah memikirkan soal kematian, ibarat seorang musafir yang memasuki satu kawasan yang terlalu gelap gelita..

didalam keadaan gelap gelita begitu, apakah yang boleh dilakukan.? sudah pasti akan teraba-raba tanpa arah tujuan. apabila tidak pernah memikirkan kematian, sudah tentulah tidak pernah memikirkan apakah yang akan dibawa setelah kematian dijemput datang..

jika musafir yang memasuki kawasan gelap gelita itu bersedia awal dengan membawa pelita atau lampu mencari jalan keluar atau tempat yang hendak dituju..

untuk mengelakkan dari berhadapan dengan keadaan seperti itu, islam menganjurkan umatnya agar sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. kita juga dikehendaki mengetahui hakikat mati agar dapat menempuh saat tersebut dengan penuh pengertian dan kesabaran..
mengapakah islam menggalakkan umatnya mengingati mati sedangkan ia adalah perkara yang menngerunkan malah menakutkan bagi sesetengah orang.?

cuba kita renung hadis daripada ibnu Omar r.a 
*** pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah saw yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah saw dengan berkata 

"Ya Rasulullah..siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya.?"

Rasulullah saw menjawab ..

"Yang paling cerdas dan pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyakbekal menghadapi mati..Merekalah yang paling pintar dan cerdas kerana mendapat kemuliaan di dunia dan kehormat di akhirat."

ALLAHUAKHBAR...tidakkah kita ingin seperti ini..mendapat kemuliaan di DUNIA dan kehormat di AKHIRAT.?? 

dalam hadis lain oleh at-Tabrani, Rasulullah saw berkata ***perbanyakkanlah mengingati mati***
mengingati mati bukan bermaksud kita minta supaya dipercepatkan kematian, dalam satu hadis diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah saw berkata " sebaik-baik manusia menurut pandangan islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umur tetapi jahat pekerjaannya.."

orang yang mengingati mati dengan kesedaran, keyakinan, dan kepercayaan tidak akan berasa takut atau gerun kerana telah bersedia sejak awal untuk menghadapinya..berbeza dengan orang yang langsung tidak pernah mengingati mati, mereka akan ketakutan kerana bekalan tidak mencukupi untuk dibawa ke alam baqa..( dimana kita letak diri kita dalam dua situasi ini yakin atau takut.?? )

mereka tidak percaya jika hari ini hidup dengan bermewah-mewah dan sihat walafiat tetapi tiba-tiba hari esok dijemput kematian.sudah tentu dalam keadaan seperti ini mereka tidak boleh menerima hakikat. mereka menghadapi maut dalam keadaan tidak bersedia malah pemergian menemui ALLAH dengan tangan kosong.. ( bersediakah kita.?? )

mengingati mati bukanlah perbuatan yang menakutkan,sebaliknya boleh menghilangkan segala ketakutan. Orang yang sentiasa mengingati mati sudah pasti bersiap sedia untuk menghadapi  detik itu. mereka tidak akan bersifat malas untuk menempuh hidup, sebaliknya lebih bergiat untuk menempuh hidup bagi mencapai redha ILAHI sama ada di dunia atau di akhirat..

Rasulullah saw dan para sahabatnya merupakan orang yang paling banyak berjasa terhadap bangsa dan tanah air serta paling hebat perjuangan dan jihadnya. tetapi mereka tidak lupa untuk mengingati mati malah merupakan orang yang paling banyak mengingati mati.

kesimpulannya,orang yang tidak pernah mengingati mati..hidup dalam kerugian kerana mati akan mengunjungi sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau darjat, kaya atau miskin, senang atau susah, di darat di laut atau di udara sekalipun..

perkara ini dinyatakan di dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud " di mana sahaja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat."

selain itu kehidupan di dunia hanya permainan semata-mata.. ini di jelaskan melalui firman ALLAH swt dalam surah Al-An'am ayat ke 32 yang bermaksud " dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka sedangkan kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. apakah kamu tidak mahu memikirkannya.??"

dalam satu hadis Rasulullah saw berpesan, katanya perbanyakkan mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iaitu mati.." mengapa Rasulullah saw menyuruh kita banyak mengingati mati.?? 
1) pertama kerana mati adalah kepastian
2) kematian akan datang pada bila-bila masa sama ada kita sudah bersedia atau tidak dan sama ada kita sudah menyediakan bekalan atau belum..

hanya ALLAH yang tahu kematian hambaNya..oleh itu sentiasalah bersiap sedia untuk menghadapi kematian. mereka yang sentiasa mengingati kematian akan bersedia sejak awal dengan amalan sebagai bekalan untuk kembali kepada ALLAH.. 

***Tujuan ALLAH mematikan manusia ialah***

1) menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
2) membuktikan bahawa ALLAH berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa, bangsa,pangkat,tempat,masa dan ketika,
3) menyedarkan kita supaya tidak lalai atau leka dengan nikmat segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
4) menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan.
5) menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal abadi..

#Berapa ramai yang masih lalai dan lagha dengan kehidupan yang fana ini, sedangkan kain kafan mereka suda siap ditenun!! ALLAHUMMAKHTIM A'LAINA BIHUSNIL KHATIMAH....

"MATI ITU PASTI, TIADA YANG KEKAL ABADI KECUALI ALLAH SWT"





Thursday 7 November 2013

Proses Penciptaan Manusia

Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam.
Tanah tersebut adalah :

  • Tanah Baitulmuqaddis : Kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
  • Tanah Bukit Tursina (Mesir) : Telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
  • Tanah Iraq : Dahi sebagai tempat sujud kepada ALLAH S.W.T.
  • Tanah Aden (Yaman) : Muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.
  • Tanah Telaga Al-Kautsar : Mata sebagai tempat menarik perhatian.
  • Tanah Telaga Al-Kautsar : Gigi sebagai tempat memanis-manis.
  • Tanah Kaabah (Makkah) : Tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
  • Tanah Paris (Perancis) : Tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
  • Tanah Khurasan (Iran) : Perut sebagai tempat berlapar.
  • Tanah Babylon (Iraq) : Kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
  • Tanah Tursina (Mesir) : Tulang sebagai peneguh manusia.
  • Tanah India : Kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
  • Tanah Firdaus (Syurga) : Hati sebagai tempat keyakinan, keimanan dan kemahuan.
  • Tanah Taif (Arab Saudi) : Lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.
Wajarkah Kita Sombong dan Bongkak Didunia Ini Sedangkan Kita Diciptakan Untuk Mengabadikan Diri Kepada ALLAH S.W.T, Bukan Untuk Bermegah-Megah Dengan Kelebihan Yang Kita Ada, Sedarlah Bahawa Daripada Tanah Kita Dicipta dan Kepada Tanahlah Kita Akan Dikembalikan. Jalanilah Kehidupan Dengan Zuhud Bukan Dengan Memandang Hina Akan Kekurangan Yang Terdapat Pada Diri Orang Lain.

Dari Sahl bin Sa’ad As Sa’idi, ia berkata ada seseorang yang mendatangi Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang apabila aku melakukannya, maka Allah akan mencintaiku dan begitu pula manusia.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, manusia pun akan mencintaimu.” 
(HR. Ibnu Majah dan selainnya. An Nawawi mengatakan bahwa dikeluarkan dengan sanad yang hasan)

Dipetik daripada buku : Semai Benih-Benih Syurga, 
Karangan : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat



Bagaimanakah Yang Dikatakan Perempuan Solehah?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”

Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”

Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”

“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.

“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”

Si puteri kecil mengangguk-angguk tanda faham.

“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”

Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”

Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”




Manusia Hari Ini

Manusia hari ini suka bersangka-sangka..
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk..

Orang beribadah disangka riak..
Orang yang relaks disangka malas..
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk..
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)..
Orang makan banyak disangka pelahap..
Orang makan sikit disangka kedekut..
Orang baik disangka buruk..
Orang buruk disangka baik..
Orang senyum disangka mengejek..
Orang masam disangka merajuk..
Orang bermuzakarah disangka mengumpat..
Orang diam disangka sombong..
Orang menawan disangka pakai susuk..
Orang nampak ceria disangka membela..

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu yang ceria itu kerana kecergasannya..
Jauhi sikap suka bersangka-sangka..
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat..
Semuanya bergantung bagaimana kita Menilainya..

Perkongsian dari sahabat ke sahabat... (",)


Keikhlasan Dalam Memberi Nasihat

Pesan orang bijaksana: "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi,maka dia menasihatimu degan ikhlas kerana ALLAH S.W.T. 

Sesiapa yang menasihatimu dihadapan khalayak ramai,

dia sebenarnya sedang menghinamu atau menyatakan yang dia pandai & kamu jahil!" Justeru, berhati-hatilah, walaupun dalam melakukan kebaikkan...

Moga ALLAH S.W.T sentiasa melindungi kita semua. Aameen




Buat Lah Pilihanmu Wahai Insan

  • Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
  • Bila jadi baik, ORANG MELUAT...
  • Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita "BERLAGAK ALIM"...
  • Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT DAH KOT?"...
  • Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita "SKEMA"...
  • Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam "TAKDA MASA DEPAN"
  • Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni "BAJET BAGUS"...
  • Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni "KURANG AJAR"...
  • Bila kita pakai sopan, ada orang kata kita ni "KAMPUNG GILER"...
  • Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni "TAKDE HARGA DIRI" sebab tayang free...
  • Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"..
  • Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"...
  • Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SIBUK SANGAT NAK TOLONG BUAT KERJA ORANG LAIN NI BUAT APA?"...
  • Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APASAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PUN SUSAH?"..
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata...ingat pesanan ini :-

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula..perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah S.W.T terhadap kita..bukan pandangan manusia....."