Friday 15 November 2013

"MATI ITU PASTI"

YA ALLAH 
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI SEKSA KUBUR 
AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI FITNAH DAJAL
AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI FITNAH KEHIDUPAN SESUDAH MATI
YA ALLAH
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA PERBUATAN DOSA
DAN HUTANG..

dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..segala puji bagi ALLAH,Tuhan seluruh alam..
selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH MUHAMMAD saw...

 (INGATILAH SAAT KEMATIAN )

setiap yang hidup pasti  akan mati apabila sampai masa tanpa boleh ditangguh-tangguhkan lagi walau dengan apa cara sekalipun. mereka yang tidak pernah memikirkan soal kematian, ibarat seorang musafir yang memasuki satu kawasan yang terlalu gelap gelita..

didalam keadaan gelap gelita begitu, apakah yang boleh dilakukan.? sudah pasti akan teraba-raba tanpa arah tujuan. apabila tidak pernah memikirkan kematian, sudah tentulah tidak pernah memikirkan apakah yang akan dibawa setelah kematian dijemput datang..

jika musafir yang memasuki kawasan gelap gelita itu bersedia awal dengan membawa pelita atau lampu mencari jalan keluar atau tempat yang hendak dituju..

untuk mengelakkan dari berhadapan dengan keadaan seperti itu, islam menganjurkan umatnya agar sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. kita juga dikehendaki mengetahui hakikat mati agar dapat menempuh saat tersebut dengan penuh pengertian dan kesabaran..
mengapakah islam menggalakkan umatnya mengingati mati sedangkan ia adalah perkara yang menngerunkan malah menakutkan bagi sesetengah orang.?

cuba kita renung hadis daripada ibnu Omar r.a 
*** pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah saw yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah saw dengan berkata 

"Ya Rasulullah..siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya.?"

Rasulullah saw menjawab ..

"Yang paling cerdas dan pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyakbekal menghadapi mati..Merekalah yang paling pintar dan cerdas kerana mendapat kemuliaan di dunia dan kehormat di akhirat."

ALLAHUAKHBAR...tidakkah kita ingin seperti ini..mendapat kemuliaan di DUNIA dan kehormat di AKHIRAT.?? 

dalam hadis lain oleh at-Tabrani, Rasulullah saw berkata ***perbanyakkanlah mengingati mati***
mengingati mati bukan bermaksud kita minta supaya dipercepatkan kematian, dalam satu hadis diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah saw berkata " sebaik-baik manusia menurut pandangan islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umur tetapi jahat pekerjaannya.."

orang yang mengingati mati dengan kesedaran, keyakinan, dan kepercayaan tidak akan berasa takut atau gerun kerana telah bersedia sejak awal untuk menghadapinya..berbeza dengan orang yang langsung tidak pernah mengingati mati, mereka akan ketakutan kerana bekalan tidak mencukupi untuk dibawa ke alam baqa..( dimana kita letak diri kita dalam dua situasi ini yakin atau takut.?? )

mereka tidak percaya jika hari ini hidup dengan bermewah-mewah dan sihat walafiat tetapi tiba-tiba hari esok dijemput kematian.sudah tentu dalam keadaan seperti ini mereka tidak boleh menerima hakikat. mereka menghadapi maut dalam keadaan tidak bersedia malah pemergian menemui ALLAH dengan tangan kosong.. ( bersediakah kita.?? )

mengingati mati bukanlah perbuatan yang menakutkan,sebaliknya boleh menghilangkan segala ketakutan. Orang yang sentiasa mengingati mati sudah pasti bersiap sedia untuk menghadapi  detik itu. mereka tidak akan bersifat malas untuk menempuh hidup, sebaliknya lebih bergiat untuk menempuh hidup bagi mencapai redha ILAHI sama ada di dunia atau di akhirat..

Rasulullah saw dan para sahabatnya merupakan orang yang paling banyak berjasa terhadap bangsa dan tanah air serta paling hebat perjuangan dan jihadnya. tetapi mereka tidak lupa untuk mengingati mati malah merupakan orang yang paling banyak mengingati mati.

kesimpulannya,orang yang tidak pernah mengingati mati..hidup dalam kerugian kerana mati akan mengunjungi sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau darjat, kaya atau miskin, senang atau susah, di darat di laut atau di udara sekalipun..

perkara ini dinyatakan di dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud " di mana sahaja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat."

selain itu kehidupan di dunia hanya permainan semata-mata.. ini di jelaskan melalui firman ALLAH swt dalam surah Al-An'am ayat ke 32 yang bermaksud " dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka sedangkan kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. apakah kamu tidak mahu memikirkannya.??"

dalam satu hadis Rasulullah saw berpesan, katanya perbanyakkan mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iaitu mati.." mengapa Rasulullah saw menyuruh kita banyak mengingati mati.?? 
1) pertama kerana mati adalah kepastian
2) kematian akan datang pada bila-bila masa sama ada kita sudah bersedia atau tidak dan sama ada kita sudah menyediakan bekalan atau belum..

hanya ALLAH yang tahu kematian hambaNya..oleh itu sentiasalah bersiap sedia untuk menghadapi kematian. mereka yang sentiasa mengingati kematian akan bersedia sejak awal dengan amalan sebagai bekalan untuk kembali kepada ALLAH.. 

***Tujuan ALLAH mematikan manusia ialah***

1) menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
2) membuktikan bahawa ALLAH berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa, bangsa,pangkat,tempat,masa dan ketika,
3) menyedarkan kita supaya tidak lalai atau leka dengan nikmat segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
4) menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan.
5) menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal abadi..

#Berapa ramai yang masih lalai dan lagha dengan kehidupan yang fana ini, sedangkan kain kafan mereka suda siap ditenun!! ALLAHUMMAKHTIM A'LAINA BIHUSNIL KHATIMAH....

"MATI ITU PASTI, TIADA YANG KEKAL ABADI KECUALI ALLAH SWT"





No comments:

Post a Comment